Akhirnya ‘Jantina’ Baby Sari Yanti Dan Jep Diketahui Umum

Pelakon dan juga isteri kepada pelawak Jep Sepahtu, Sari Yanti bakal melahirkan bayi sulung mereka tidak lama lagi.

Perkara itu membuatkan peminat berasa teruja dan mula berteka-teki mengenai jantina anak pasangan yang baru dinobatkan sebagai Couple MeleTop di AME2018, semalam (Ahad).

Mengimbas kembali foto-foto ketika majlis ‘baby shower’ Sari Yanti yang berlangsung pada bulan lalu, ada yang mula membuat andaian sendiri.

https://www.instagram.com/p/BgtOt6fFC_6/?utm_source=ig_embed

Rata-rata mereka meneka Couple MeleTop 2018 itu bakal menimang bayi lelaki kerana warna dan dekorasi yang dipilih oleh Sari untuk majlis tersebut.

Mana tidaknya, warna biru dan juga dekorasi gajah merupakan simbol yang sangat sinonim dengan anak lelaki.

“Sari, bila due? Kalau tema gajah ni. Macam dapat baby boy jer. Hehehe. Ingat cerita Shin Chan. Dia panggil belalai gajah,” tulis Noorulizdiany.

Selain jantina anak, peminat juga mendoakan agar segala urusan bersalin Sari berjalan dengan lancar dan dipermudahkan.

“Semoga dipermudahkan segala urusan yer kak Sari dengan abang Jep. Suka sangat dengan pasangan nie,” tulis Qaireennuri.

“Semoga akak @sariyanti selamat melahirkan cahya mata dan menjaga amanat Allah, doakan saya jugak untuk menimang cahaya mata pada tahun ni, amin inshaAllah,” coret kociktomei93

Jep atau nama sebenarnya, Mohd Nadzri Zainal Abidin, 32, dan Sari atau nama sebenarnya, Sari Yanti Mohamad Nazari, 34, selamat bernikah dalam sebuah majlis tertutup pada 25 Februari 2017 di Dewan Mercu Mustapha Kamal, Petaling Jaya.

Manakala hasil perkahwinan terdahulu, Sari dikurniakan dua orang anak, Barr Al Aly dan Basit Al Haq.

Sari dan Jep juga baru sahaja dinobatkan sebagai pemenang ‘couple MeleTOP’ di Anugerah MeleTOP ERA (AME2018) yang berlangsung semalam.

Foto: Instagram @sariyanti

Teks oleh: Mya Amri

sumber: Gempak

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *