Ini ‘Respon’ Gentle Dari Nabil Bila Terima Mesej Ajak Ke Hotel, Nabil Ahmad Terkejut Digoda Peminat Bertudung

Tidak dinafikan, Nabil Ahmad merupakan antara pelawak yang berjaya dalam industri seni apabila dia sering mendapat tawaran dalam bidang pengacaraan. Meskipun begitu, dia seorang yang sangat mementingkan keluarganya sehinggakan segala media sosial dijaga oleh isterinya sendiri.

Menerusi Harian Metro, Nabil mendakwa dirinya pernah digoda peminat fanatik. Paling menyedikan apabila wanita itu seorang yang bertudung, macam tak percaya pulak orang zaman sekarang, berani sungguh!

Peminat fanatik ajak mengadakan hubungan terlarang

Saya memang terkejut kerana ada peminat wanita fanatik yang bertudung sanggup meminta perkara yang melampau seperti itu.

Saya juga meminta isteri memberi nasihat pada wanita itu supaya bertaubat dari perbuatannya itu dan kembali ke jalan diredai Allah.

Nabil Ahmad mengakui pernah menerima mesej di laman instagram daripada peminat wanita yang mengajaknya untuk mengadakan hubungan terlarang di hotel sebelum ini. Dia juga memberi kepercayaan pada isteri untuk memantau akaun instagram miliknya sejak berumah tangga.

Saya sayangkan keluarga saya

Saya sangat sayangkan isteri, anak-anak dan rumah tangga kami. Sebab itu, saya akan berusaha menjauhkan diri dari perkara yang boleh menjejaskan kebahagiaan rumah tangga kami.

Sudah bermacam-macam perkara yang dilalui dalam hidup dulu. Saya juga berjanji akan meninggalkan semua perbuatan buruk selepas berkahwin.

Diminta mengulas mengenai isu poligami pula, kata Nabil, tidak terlintas di hatinya untuk berkahwin lagi.

Tiada siapa yang menerima kekurangan saya

Maklumlah, saya ada dua anak perempuan dan saya tidak boleh bayangkan jika saya mempermainkan perasaan orang lain dan perbuatan buruk yang dilakukan itu akan dibalas pada anak-anak saya pula nanti.

Saya tak kisah jika orang kata saya takut isteri. Ketika saya menjadi mat despatch dulu tiada siapapun yang memandang tetapi isteri yang menerima segala kekurangan saya itu.

Saya tidak mampu berlaku adil

Sedangkan ada seorang isteri dan dua anak pun saya sukar untuk membahagikan masa dengan aktiviti seni yang padat, macam mana saya mahu berkahwin lagi satu?

Saya memang tidak mampu untuk berlaku adil. Saya juga berdoa rumah tangga yang dibina ini kekal hingga ke akhir hayat.

Sumber : OhBulan via Harian Metro

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *