Ogy Memperlekehkan Lakonan Fattah Amin? Pedas ‘Komen’ Ogy Untuk Fattah Amin

Tidak dinafikan, pelakon, Fattah Amin merupakan antara pilihan pengarah-pengarah serta pihak produksi ternama. Pelakon yang dianggap ‘kayu’ oleh netizen di awal penglibatannya kini berjaya menjadi pilihan pihak produksi untuk dijadikan teraju utama dalam drama dan filem yang dikeluarkan.

Dengan itu, pelakon senior, Fauziah Ahmad Daud atau lebih dikenali Ogy menjemput aktor popular itu mengikuti kelas lakonan yang diadakan olehnya bagi memantapkan lagi lakonan pada masa akan datang. Jelas Ogy, Fattah perlu menguasai pelbagai teknik lakonan bagi memperkasakan penghayatan watak yang dibawa.

“Saya mahu Fattah Amin untuk datang ke kelas saya belajar lebih banyak ilmu daripada segi lakonan supaya dapat mempelbagaikan teknik penyampaian dalam lakonan,” katanya memetik portal Astro Gempak.

Mengakui Fattah kini sedang berada di kemuncak, Ogy berkata pelakon itu perlu memanfaatkan ruang yang dimilikinya ketika ini dengan menampilkan tahap lakonan yang berkualiti kepada penonton.

“Rugi sekiranya dia tidak menggunakan peluang yang ada sekarang ini kerana namanya tengah popular,” jelasnya.

Dalam pada itu, Ogy mendapati antara kelemahan nyata yang dialami oleh pelakon kini adalah mereka hanya menghafal skrip dan sering mengabaikan penguasaan emosi ketika menghidupkan karakter yang dibawa.

Namun adakah Fattah akan menghadiri kelas lakonan tersebut, Hangat.com sendiri tertunggu-tungu dengan keputusan Fattaj. Namun umum mengetahui bahawa Fattah pernah menghadiri beberapa kelas lakonan dan nyanyian bagi memperbaiki kelemahan dirinya di awal kehadirannya di dalam dunia seni.

Sumber: Hangat.com via Astro Gempak

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *