“Sedap gila dia rap…!” – Suara merdu, single pertama Fathia Latiff dapat sambutan hangat

Walaupun sering terpalit dengan pelbagai kontroversi, namun pelakon Fathia Latiff tidak pernah mengalah dalam menerima kecaman dan teguran serta semakin meluaskan bakatnya di dalam industri seni tanah air.

Baru-baru ini, pelakon drama bersiri Ariana Rose itu telah melancarkan single sulungnya yang berjudul Keluarkan Aku pada dua hari lalu di laman Youtube menerusi saluran Mixology Music.

Ready for my New Single?

A post shared by Nur Fathia binti Abdul Latiff (@fatiyalatiff) on

Baru dua hari dimuat naik, klip video lirik itu mencecah hampir 26,000 tontonan yang berjaya direkodkan berserta ratusan komen daripada para peminat muzik tempatan yang cuba mendalami maksud tersirat di sebalik lagu ciptaan DJ Fuzz dan Wawa manakala lirik oleh W.A.R.I.S dan dirinya sendiri itu.

Walau bagaimanapun, rata-rata tidak kurang ada yang memuji kemerduan suara dan bakat terpendam yang dimiliki oleh Fathia terutama bahagian ‘rap’ lagu tersebut.

Lirik dia padu!

Best gila!

Suara pun sedap!

Sumber : OhMyMedia via Mixology Music

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *