“Wah Cantiknyer Kek Hari Lahir Ds Aliff,Macam Real Punyer!”-Netizen Puji Kek Hari Lahir Ds Aliff Nampak Sangat Istimewa

Tahun 2018 ini mungkin akan menjadi antara tahun yang istimewa buat Ds Aliff Syukri. Rumah mewahnya yang di tunggu-tunggu sudah pun siap sepenuhnya. Mereka sekeluarga juga sudah pun berpindah masuk ke rumah ini. Tahun ini juga Ds Shahida di katakan bakal melahirkan anak mereka yang ke-4 tidak lama lagi.Nampaknya makin meriahlah keluarga mereka nanti.


Baru-baru ini juga Aliff Syukri telah melangsungkan sambutan hari lahirnya yang ke-31. Majlis hari lahir itu di adakan rumah barunya yang di beri nama AS Palace. Wah nama pun sudah hebat,inikan pula isi rumahnya. Malam yang meriah itu di katakan menggunakan tema Bollywood di mana ramai hadirin yang hadir pun termasuk saudara-mara memakai pakaian ala-ala artis Bollywood.

Hadirin yang datang juga bukanlah orang-orang biasa. Mereka termasuklah rakan VVIP dari dunia perniagaan serta artis popular seperti Achey,Datuk Aznil dan ramai lagi. Sambutan hari lahir Ds Aliff di katakan sangat meriah kerana siap ada tarian Bollywood lagi dari kumpulan penari bermula dari atas rumah sampailah turun ke tingkat bawah .

Bila sebut tentang majlis hari lahir,sudah tentulah kek hari lahir yang menjadi tumpuan ramai hadirin. Ramai netizen terpukau dengan kecantikan kek hari lahir yang di tempah oleh Aliff Syukri ini. Ianya merupakan sebuah kek besar bertemakan rumah baru Aliff Syukri,AS Palace. Di hadapan rumah itu penuh dengan details seperti hiasan patung mereka sekeluarga dan di sertakan dengan lampu LED yang menawan. Cantikkan keknya?Ramai sangat orang puji.

Majlis pembukaan hari lahir Aliff Syukri yang sangat meriah,fuh siap menari-nari lagi :

https://www.instagram.com/p/BhIbDjQnhRe/?utm_source=ig_embed

Ini pula kek hari lahirnya yang comel itu.

A post shared by STV (@sweettoothville) on

KisahDunia.COM

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *